Definisi Alam Sekitar
Alam sekitar (environment) membawa maksud secara khusus, merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi sesuatu organisma di muka bumi.
Selain itu, alam sekitar merupakan tempat tinggal kehidupan bagi manusia dan juga haiwan. Manusia dan haiwan memainkan peranan yang penting dalam menentukan keseimbangan dalam alam sekitar.
Selain itu, alam sekitar merupakan tempat tinggal kehidupan bagi manusia dan juga haiwan. Manusia dan haiwan memainkan peranan yang penting dalam menentukan keseimbangan dalam alam sekitar.
Definisi Pencemaran
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta menganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
- Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon dioksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
- Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
- Pencemaran tanah, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanah, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
- Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
- Pencemaran bunyi, yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
- Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia.
- Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
- Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
- Pecermaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Faktor atau punca pencemaran alam sekitar
Faktor Manusia
Perkilangan
- Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.
Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa mempedulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain- lain lagi.
Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa mempedulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain- lain lagi.
Kenderaan
- Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udra makin panas.
Faktor Semulajadi
Pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam, seperti letusan gunung berpai, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi banyak memeberi kesan kepada kerosakan harta benda sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi. Lahar yang dikeluarkan oleh gunung tersebut telah memusnahkan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan terlibat.
Kesan - Kesan Pencemaran Alam Sekitar
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul. Seperti kesan yang akan dialami oleh :
1. Tumbuhan
- Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.
- Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
3. Atmosfera
- Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC ( kloroflora karbon ) dikatakan telah mengakibatkan lapiasan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
4. Haiwan
- Haiwan juga akan turut terancam dan mati. Hal ini disebabkan partikel-partikel terampai seperti habuk, debu, dan sebagainya akan memasuki ruang paru-paru haiwan tersebut. Perkara ini akan menyebabkan haiwan akan sukar untuk bernafas. Bukan itu sahaja, tumbuh-tumbuhan yang sudah tercemar akan pencemaran udara juga akan menyebabkan haiwan terancam.
5. Penipisan Lapisan Ozon
- Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari boleh menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada di bahagian bumi dan menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
- Seterusnya, pemanasan global akan mengubah landskap dunia. Perkara ini berlaku akibat pencairan ais di kutub utara dan selatan yang akan mengakibatkan air laut semakin dalam sehingga menyebabkan air laut semakin dalan sehingga menyebabkan pulau-pulau yang kecil akan ditenggelami air.
- Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga alam sekitar adalah melaluai pendedahan media massa, termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit,komputer dan surat khabar. Pada hari ini,media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyakmemberi maklumat tentang isu -isu pencemaran alam sekitar, Terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia.
- Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam Kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang cara-cara menjaga alam sekitar menguruskan sisa pembuagan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar
- Langkah seterusnya ialah melaluai penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buagan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama dan bahan-bahan plastik.
KESIMPULAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Kita tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita beada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri , sanggupkah kita mengotorinya.
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kitamembelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan diantara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin , namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu diantara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan . Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.
Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawapnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan bertapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmoni dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.
Alam semula jadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya . Sekiranya kita mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma , ianya tampak seolah olah kita melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah diciptakan.
Artikel ini disediakan untuk memenuhi tugasan Pengajian Malaysia 2015.
Dihasilkan oleh :
Nor Syafiekah binti Kamarul - 19CRG14F2001
Nor Asisah binti Ahmat - 19DRG14F2004
Siswi Mayasari binti Ramdhan - 19DRG M14F2008
Siti Aminah binti Mohd Ghazali - 19DRG14F2011
Muhammad Amirul Asyraf bin Che Jaffri - 19DRG14F2017
Artikel ini disediakan untuk memenuhi tugasan Pengajian Malaysia 2015.
Dihasilkan oleh :
Nor Syafiekah binti Kamarul - 19CRG14F2001
Nor Asisah binti Ahmat - 19DRG14F2004
Siswi Mayasari binti Ramdhan - 19DRG M14F2008
Siti Aminah binti Mohd Ghazali - 19DRG14F2011
Muhammad Amirul Asyraf bin Che Jaffri - 19DRG14F2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan